The Owner


My Storage


Dear Diaries


Click Me!


Dashboard
Lumrah Hati
Sunday, December 15, 2013, 0 comments
Hati itu rapuh sifatnya. Berbolak balik. Tidak kekal. Senang berubah. Mudah dihasut.
Tetapi hati juga memberikan perasaan. Mengajar ketabahan. Mendalami kesetiaan.

Hati.
Hati bukan suatu malapetaka. Ia adalah anugerah. Kerana hati, kita mampu belajar tentang pengalaman.
Hati bukan suatu beban. Ia satu pemberian. Kerana itu sifatnya rapuh. Ia meminta agar dijaga dengan sempurna.

Hati.
Ada kalanya ia gembira.
Ada kalanya, ia sedih.
Sakit. Kecewa. Rindu. Resah.
Semua itu persaan yang datang dari hati.
Hati milik siapa?

"Milik Allah, adik sayang"
Allah ciptakan hati didalam setiap manusia. Dan Allah adakan perasaan dalam setiap hati ciptaanNya.
Maka, perasaan itu datangnya dari Allah. Bersyukurlah sayang...
Apabila kita punya perasaan, kawallah perasaan itu sebaiknya.
Kawal hati.
Kerana hati dan perasaan ini jika tidak dikawal dan dijaga sempurna,
ia mampu menjadi lebih tajam daripada duri asli.
Jagalah hati.
InshaAllah, yang baik pasti menanti.

Honest&Truth
VioletTea



« Newer PostOlder Post »