Biar takdir bercerita...
Friday, November 29, 2013, 0 comments
Aidil Mikhail terjaga dari tidurnya. Nafasnya tercungap-cungap. Peluh membasahi dahi. Dia mencari Nurul Shuhada. Tempat tidur Nurul Shuhada kosong! Mana Nurul?!
Dalam keadaan cemas, Aidil Mikhail turun dari katil mencari isterinya.
"Nurul! Nurul!" Laungan Aidil tidak dijawab. Hatinya semakin risau. Kehilangan Hanani Sofia cukup mengecewakannya dan dia tidak mahu kehilangan seorang lagi insan tercinta.
"Abang sayang...," Kelibat Nurul Shuhada muncul dari muka pintu bilik mandi. Nurul Shuhada kelihatan dibasahi air wudhuk. Muka putihnya kelihatan bertambah suci. Hati Aidil Mikhail sedikit lega. Pantas tubuh kecil molek Nurul Shuhada dirangkul.
"Jangan tinggal abang, sayang..." Luah Aidil Mikhail. Suaranya bergetar ditelinga Nurul Shuhada. Nurul Shuhada hanya diam. Kemudian dia melepaskan diri dari pelukan Aidil Mikhail. Aidil tergamam. "Kenapa?"
"Batal wudhuk sayang," Jawab Nurul Shuhada lembut. Ada sedikit rajuk di nadanya.
"Abang minta maaf sayang. Abang tak sengaja,"
"Em... tak apalah. Abang mimpi Hana lagi?" Soalnya mula mengukir senyuman.
Manis wajah itu mencairkan hati Aidil Mikhail. Ah! Lelaki mana tak tergoda melihat perempuan secantik kau, Nurul Shuhada!
Pipi Nurul Shuhada dicubit sedikit. Hilang segala rasa kecewa, marah, sedih dan beban apabila melihat bidadari syurganya ini. Nurul Shuhada sedikit ketawa. Namun dia masih menunggu jawapan suaminya.
"Ya, abang masih mimpikan dia." Luah Aidil. Sesekali suara tersekat-sekat.
Nurul Shuhada memandang suaminya dengan penuh rasa kasihan. Di hatinya terdetik untuk bertanya siapakah Hanani Sofia. Sejak hari pertama dia dinikahi lelaki ini, dia masih belum kenal siapa Hanani Sofia. Mahu saja bertanya, namun dia batalkan niatnya itu setelah melihat Aidil seboleh mungkin melupakan Hanani Sofia.
Nurul Shuhada membatalkan niatnya untuk beristikharah malam itu. Melayan suami adalah lebih wajib berbanding melalukan solat sunat walaupun sunat itu dituntut. Aidil Mikhail rebah di pangkuan Nurul Shuhada. Menatap wajah itu, Nurul Shuhada menangis syukur.
Terima kasih Ya Rabb, Engkau telah pinjamkan insan yang menyempurnakan segala kelemahanku. Engkau utuskan kehadirannya dengan memberi segala makna hidup sebagai seorang isteri. Terima kasih Ya Allah!
Hanani Sofia... rahsiamu pasti terbongkar nanti. Biar takdir bercerita!



Travel to Japan