Akhirnya terungkai jua...
Saturday, November 30, 2013, 0 comments
Terima kasih, Sayang...Pemberianmu mencoret beribu kenangan,
Suka, duka, gelak dan tawa.
Di sini ku leraikan segalanya,
Semoga kau,
Berbahagia...
Kehadapan Aidil Mikhail
Bertuah Hana mengenali Aidil, hanya Allah yang tahu.
Kerana tiada yang sama dengan Aidil, yang dapat menggantikan Aidil di hati Hana.
Onar duri dunia, tak dapat kita lihat dek mata,
Yang jelas hanyalah selepas kita melaluinya.
Dan dengan itu, terima kasih Aidil...
Kerana sudi setia menemani Hana melalui segala ranjau yang terbentang.
Terima Kasih, Aidil...
Hana
* * *
Air mata Nurul Shuhada gugur satu persatu. Dia tidak mampu lagi menampung linangan air matanya sendiri. Hatinya benar-benar sakit dan terluka. Jadi itulah rahsia besar suaminya Aidil Mikhail yang selama ini hanya didiamkan saja. Nurul Shuhada melipat surat tersebut lalu dimasukkan kembali ke dalam sampul berwarna merah hati. Kemudian Nurul Shuhada menyisipkan surat itu di dalam kotak. Kotak yang dipenuh segala pemberian Hanani Sofia kepada Aidil Mikhail. Hatinya berdegup laju. Tangannya menggeletar. Air mata jernih yang mengalir enggan berhenti.
Kedengaran bunyi kereta milik Aidil Mikhail di perkarangan rumah mereka. Pantas Nurul Shuhada mengeringkan air mata dipipinya dengan lengan baju. Kemudiaan dia menyembur sedikit wangian dari meja soleknya. Begitulah dia. Dia akan berusaha nampak ceria dihadapan Aidil Mikhail walaupun hakikat sebenarnya, hanya Allah yang mengetahui. Bagi Nurul Shuhada, para isteri sepatutnya menghilangkan tekanan suami setelah suami pulang dari tempat kerja, bukannya menambah beban suami dengan meminta dan mendesak suami untuk memenuhi karenahnya.
"Assalamualaikum," Sapa Aidil Mikhail setelah melangkah masuk.
"Waalaikumsalam, abang..." Nurul Shuhada mengukir senyumannya sambil mengatur langkah keluar dari bilik mereka. "Abang dah makan?"
"Sudah, makan luar tadi."
Nurul Shuhada mengambil beg bimbit ditangan Aidil Mikhail lalu segera diletakkan didalam pejabat mini milik Aidil. Kemudian dia membawakan Aidil secawan Nescafe lalu diserahkan kepada Aidil yang terduduk keletihan disofa.
Nurul Shuhada membuka stokin dikaki Aidil. Setelah itu, dia membuka pula tali leher yang tergantung kemas dileher Aidil. Dia kembali ke ruang tamu setelah meletakkan stokin dan tali leher Aidil kedalam mesin memcuci pakaian. Seperti biasa tanpa dipinta, Nurul Shuhada mengurut bahu Aidil Mikhail.
"Sayang..." Dalam keselesaan diurut, Aidil melaung panggilan manja Nurul Shuhada.
Nurul Shuhada diam. Namun dalam nafasnya, terukir segaris senyuman seikhlas mungkin.
"Kenapa Nurul menangis?" Kepekaan Aidil meneliti Nurul Shuhada membuatkan wanita itu terkedu. Ya, Aidil Mikhail amat teliti dengan setiap perbuatan bidadari syurganya. Sehinggakan air mata Nurul Shuhada yang sudah dikeringkan itu pun masih dia sedar.
Tangan Nurul Shuhada dikucup. Dia menarik Nurul Shuhada sehingga wanita itu jatuh kedalam pangkuannya. Nurul Shuhada masih diam. Namun air matanya mula menitis lagi. Lantas tangan Aidil Mikhail mengesat mutiara berharga itu. Rambut Nurul Shuhada dibelai lembut, wajah putih gebunya ditatap tanpa jemu. Aidil Mikhail benar-benar menyayangi isterinya itu.
"Nurul dah tahu semuanya, abang." Jelas Nurul Shuhada. Jujur. Aidil Mikhail masih buntu. Dia tidak tahu apa yang cuba disampaikan oleh Nurul Shuhada.
"Nurul dah tahu siapa Hana. Siapa sebenarnya Nur Hanani Sofia bt Yusuff."
Mata Aidil Mikhail terbuntang luas. Pandangannya tajam pada insan yang sedang di ribanya itu. Perlahan dia menolak tubuh Nurul Shuhada agar tubuh itu tidak lagi berada di atas ribaannya. Aidil Mikhail membisu dan berlalu pergi tanpa menghiraukan Nurul Shuhada yang masih menangis teresak-esak.
Ya Allah, panjangkanlah jodoh kami. Sesungguhnya aku tak mahu kehilangan Aidil Mikhail. Jauhkan lah hubungan rumah tangga kami ini dari sebarang masalah dan kesulitan yang besar. Ya Rabb, aku mohon pertolonganMu...



Travel to Japan