Lapar? Mari cuba ini :)
Tuesday, December 17, 2013, 0 comments
Okay entries kali ni khas untuk seorang kawan yang sambung belajar dan duduk hostel sekarang. Lebih kurang 2 hari lepas, dia mesej Ainaa and tanya macam mana cara untuk hilangkan lapar. Em nampaknya walaupun dah hampir 6 tahun duduk hostel, dia masih belum boleh control pemakanan dia. Takpe, Ainaa tolong inshaAllah :)Ainaa bagi dia 3 cara berbeza. Cara ni memang agak pelik, and Ainaa cakap pun berdasarkan pengalaman, bukan buat research ke apa-apa. Hehe
Cara pertama; Kunyah chewing gum. Cara ni yang dipanggil 'cara menipu perut'
Apabila kita kunyah chewing gum tanpa telan, perut akan rasa tertipu dah secara batinnya perut akan rasa sedikit selesa selepas tu *inshaAllah.
Cara kedua; Minum air manis atau bergula.
Cara ni, emm taktahu macam mana nak menerangkan. Mungkin bila minum air yang mengandungi glukosa tu yang akan menyebabkan perut menjadi kenyang. Sama macam makan nasi.
Cara ketiga; Makan oat.
Sekarang kan ada biskut oat. Dah macam-macam jenama keluarkan produk tu. Jadi untuk yang tinggal di hostel, rumah sewa (kebiasaannya pelajar) bolehlah beli sepeket biskut oat ni simpan dalam bilik. Biskut oat ni makan dua ke tiga keping pun dah rasa kenyang ^^
Tapi ingat, Ainaa hanya memberikan cadangan. Dan segala yang berlaku semuanya atas kehendak Allah S.W.T. Jika Dia kata "ya" maka terjadilah, dan jika Dia mengatakan "tidak" maka segala apa yang telah diusahakan tetap tidak akan terjadi. Kita cuma merancang, Allah yang menentukan. Kun Fayakun. Sekian terima kasih.
Honest & Truth
VioletTea



Travel to Japan