The Owner


My Storage


Dear Diaries


Click Me!


Dashboard
Akhirnya.... fuh!
Thursday, December 12, 2013, 0 comments
Hi readers, akhirnya wajah blog ini berubah setelah lama ditinggalkan. err --' memang kadang2 tu ada terlintas niat nak update baru, but hmm masa tak mengizinkan. So now, everything's new! Hope you guys like it :)

Okay harini nak share satu Quotes. 


"He who wants a rose, must respect the thorn"
Berapa ramai je yang faham benda ni? Kata-kata ni diambil daripada salah satu Chinese Quotes. Sebab Ainaa ambil benda sebab maknanya sangat sangat mendalam. Kepada orang yang tak berapa nak faham, meh Ainaa explain :)

Ia bermaksud, lelaki yang inginkan bunga yang cantik seperti bunga Ros, haruslah hormati syarat-syaratnya. Maybe maksud yang Ainaa bagi kurang tepat *maklumlah BI ainaa pun tak beghape nak okay* but, untuk mudah faham, itu jelaa caranya *kot* hehe. Kepada kaum Adam kat luar sana, kalau nak perempuan yang baik, awak perlu jadi baik dulu. Jangan selalu letakkan semuanya pada perempuan. Asal salah sikit, mesti perempuan. Tak kena sikit, mesti perempuan. Tak baik tau. Allah jadikan Hawa dari rusuk Adam untuk menemani Adam. Bukan dari bawah untuk dialas, dan juga bukan dari atas untuk dijunjung. Kalau kita inginkan sesuatu yang sempurna, perbaiki dulu diri untuk jadi sempurna. Macam bunga Ros, cantik kan? Tapi berduri. Sebab tu apa saja yang indah dekat dunia ni susah nak dapat. Kita kena berusaha dulu sebelum kecapi yang indah itu. 

Jika kau mahu dia sempurna seperti Khadijah,
Mampukan kamu menjadi sempurna seperti Rasulullah?
Jika kau mahu dia menjadi seperti Aisyah,
Mampukah kamu menjadi seperti Rasulullah?
Jika kau mahu dia menjadi Sarah,
Mampukah engkau menjadi Ibrahim?
Jika tidak, jangan dipinta.
Kerana jika kau tak mampu menjadi yang terbaik,
Tidak mungkin Allah akan menyatukan kau dengan yang terbaik juga.
Ingatlah bahawa yang solehah itu tercatat untuk si soleh.
Dan ingatlah bahawa yang solehah itu adalah amanah Allah yang sukar untuk dimiliki.

Sekian, peace yoo!




« Newer PostOlder Post »